Md Hashim Yahaya

Datuk Mohd Hashim Yahaya adalah mantan Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau menjadi Mufti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sejak Januari 1997 hingga Januari 2003. Beliau sering muncul dalam program Forum Perdana dan lain-lain yang disiarkan oleh RTM.[1]Datuk Md Hashim Yahaya merupakan pensyarah , kemudian Felo Kehormat, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.[2]Beliau pernah menjadi Pengarah Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya. API ditubuhkan pada 1996 adalah gabungan antara Akademi Islam dan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Akademi Islam pada asalnya adalah Yayasan Pengajian Islam Tinggi Kelantan yang diambil alih oleh Universiti Malaya (UM) pada 1981. [3]Pada 15 April 2010, beliau menerima watikah pelantikan kepada anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi sesi 1 Jan 2010 hingga 31 Dis 2011 . Watikah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.[4]Beliau rapat dengan Datu Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi pemimpin ABIM Wilayah Persekutuan. Md Hashim pernah menuntut di Madrasah Masyriyah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Hubungan mereka akrab terjaln semenjak di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri tatkala memimpin Abim Kelantan. Saban tahun mereka berdua diraikan oleh qariah Masjid Kubang Semang, Pulau Pinang.Tatkala di Penjara Sungai Buloh, Almarhum pernah mengadakan sesi pengajian khas mengupas kitab Imam Abu Zahrah "Usul Fiqh". Beliau mengambil inisiatif meningkatkan mutu dan pengiktiran Pusat Islam (kemudiannya Jakim) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sewaktu menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan. Bapa Anwar Ibrahim yang menjadi Ahli Parlimen Seberang Perai Tengah pada tahun 1960-an pernah membantu Md Hashim belajar di Kaherah. [5]Ketika usia 12 tahun , beliau pernah menjadi murid kepada bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom (16 Ogos 1985 hingga 1997).[6]